sambungan..
ya amira yang dia lihat itu sangat comel dengan pakaian yang lembut warnanya . matanya seakan-akan terlihat bidadari yang ingin membawanya ke syurga . Tanpa disuruh , hazri mengeluarkan kamera digital dan 'snap!'
"alamak aih apsal aku boleh lupa tutup flash"
terlihat amira memandang hazri dek kerana terkejut percikan flash dari kamera hazri tetapi dia tidak menghiraukan perkara itu .Hazri tersenyum sendirian
"ayie , jom solat jamak dulu" syafiq menyapa aku .
"okay okay jom"
Perkara yang baru berlaku tadi tidak tamat begitu saja .selepas aku mengambil wuduq , aku terserempak dengan amira dan aku amati dalam hati
"cantik dan comel bertelekung putih dan berbadan tembam"
syafiq terdengar dan menyapa aku
"oi ayie , kau minat dia eh ?"
aku pun jawab
"gila kau comel sopan dan cantik macam tu aku tak minat . lagipun aku kan single dan tak hensem macam KAUU .
sengaja aku tinggikan suara memerli dia .
"ahh sudahlah kau . bila puji marah bila kutuk merajuk . dah ! jom solat" jawab syafiq
aku pulak dimarahnya
selesai solat kami diminta untuk berkumpul di depan bas untuk taklimat seterusnya .
KEJUTAN
malam di terengganu sangat sejuk dan kadang kadang aku kesunyian . Syafiq mengajak aku melepak di tepi pantai kerana mahu menghisap rokok . Pantang dengar rokok aku 'on' je .
Pada masa itulah aku terserempak kali ke-3 bertemu amira .
'kring! kring!'
telefon berdering menandakan jam 12.30 tengah hari . waktu yang ditunggu-tunggu .
"hello assalamualaikum ayah"
"ye waalaikumsalam , ayah dah masukkan duit tu"
"okay boss , mekacih"
sengaja aku merengek manja kononnya gembira , haha .
sebelum aku mendapat mara , aku menggunakan PTPTN dan duit PTPTN yang aku dapat hanya cukup untuk membayar yuran asrama dan yuran pengajian .
kini sudah 3 sem aku berada di kolej sama dengan setahun setengah aku merantau di johor .
manakala amira dia Bangi . semasa dalam 3 sem tu aku sudah beberapa kali pergi ke bangi untuk berjumpa dengannya dan pada suatu hari tu . aku ingin membuat kejutan untuk dia
"abangg , abang jadi datang bangi tak" tanya amira
"abang taktahu lagi , nanti abang bagitahu ya"
"ala abang ni , cepat-cepat tau"
"ye ye abang bagitahu nanti"
pada masa yang sama aku sedang mengemas baju untuk berjumpa dengannya .
pada petangnya aku sudah sampai ke shah alam untuk menginap di rumah abang sulungku dan terus pergi ke KTM padang jawa untuk pergi ke bangi . mengambil masa 45 minit jugalah .
semasa dalam keretapi , sengaja aku menghantar mesej padanya
"sayang , abang tak dapat datang bangilah"
"alaa kenapa? hmm"
"ada hal lah sayang"
"abang dah janji kata nak datang , hmm"
"i am so sorry sayang"
selepas itu amira tidak membalas mesej aku . aku dah faham sangat dah . tetapi dengan harapan aku dapat laksanakan kejutan ini . sampai di bangi aku menaiki teksi untuk terus ke rumah amira . sesampainya disana , aku menelefon dia .
"hello"
terdengar nada suara lemah menandakan amira tiada 'mood' untuk bercakap dengan aku .
"sayang buat apa tu ?"
"tak buat apa-apa"
aku faham dia sedang merajuk . sengaja aku bertanya .
"sayang tadi abang tengok berita macam ada kes kat kawasan rumah sayang"
amira sebenarnya tinggal di apartmen yang dibawahnya kedai kedai dan berada di tingkat satu . aku berdiri menghadap berandanya .
"kes apa abang?"
dia bertanya .
"abang pun tak tahulah , try tengok"
dia pun berkata "alaa malaslah nak pakai tudung"
aku pun balas "ala sayang , pegilah tengok"
"yelah yelah , kejap "
semasa dia membuka pintu berandanya aku menyorok dan dia tanya
"takde ape pun abang"
"ade sayang , try tengok bawah"
"ABANGGGG!!" amira menjerit terkejut berbaur gembira
dia menjerit setelah terlihat aku berada di bawah dan tersenyum lebar
"kejap tau abang ! kejap sayang turun !"
selesai menelefon , dia turun tergesa-gesa dan setelah berhampiran dengan aku dikepalnya tangan menumbuk lengan aku .
"abang tipu sayang kata tak jadi datang!!"
dia comel bila marah dan geram
"surprise sayang , sorry . hehe"
"mengada! "dia menjawab
"sayang pergi mandi dulu then kita pergi makan ya"
"okay abang! wait for me tau "
tergesa-gesa dia menaiki tangga .
BERSAMBUNG..