Sunday, September 29, 2013

Twtup Johor

Video ni aku buat atas permintaan seseorang sebab tak dapat pergi Twtup . haha
enjoy


Saturday, September 21, 2013

The Dream come true


BILA DUA HATI BERTAUT
KASIH SAYANG AKAN DIKECAPI
KEKAL SETIA IKATAN DIPAUT
SELAMAT MENJADI RAJA SEHARI

AIDIL
&
SARA

my lecturer be a husband . congratulation :)


Friday, September 20, 2013

kebiasaannya

dari dulu sampai sekarang aku hanya seorang backstage . kenapa ? ya sebab aku tak suka menonjol . biar orang tak nampak aku asalkan aku tak ganggu diorang . perkara ni berlaku sejak zaman sekolah lagi bila mana aku dah menjadi warga PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) . Terlalu banyak peristiwa berlaku sedangkan aku tidak mahukannya . keadaan ini menjadi lebih berat bila aku sendiri merasakan diri aku digunakan . semasa tingkatan 3 , aku menjadi belakang tabir untuk persembahan hari guru . Aku ditugaskan menjaga PA system . tetapi lain yang jadi , aku pula jadi barua kawan aku sendiri . dia bersenang-lenang sedangkan aku bertungkus lumus melakukan pekerjaan . Hmm , itulah pertama kali aku menjadi terlampau muram setiap kali ada event di sekolah .

Never let it show the pain you had grown to know 

kata-kata daripada seorang sahabat , menjadikan aku sentiasa bersedia menghadapai segala kemungkinan yang terjadi . Tetapi sehingga sekarang perkara itu terjadi . aku sentiasa ditinggalkan . Perkara sebegini tidak dapat aku terima .Kebiasaannya , aku hanya menjadi belakang tabir . menyedihkan menjadi seorang remaja bernama nazhif . hem . Tetapi , aku ada apa yang mereka tidak ada . Menjadi advisor kepada rakan-rakan aku . Seringkali masalah mereka aku dengari sehinggakan tangisan terbit perlahan dari mata . Aku hanya mampu memberi kekuatan untuk minda dan emosi mereka kerana perkara-perkara sebegitu menjadikan mereka agresif melakukan sesuatu di luar kawalan emosi waras mereka . Pernah sekali kawan aku hantuk kepala dia dekat dinding berbatu kerikil . Of course bergaris besar keluarnya darah merah pekat . aku hanya pekik ' Kau jangan jadi bodoh syafiq !! tak jadi apa pun kau hantuk kepala !! masalah tak selesai ! saakit yang dapat ' . bertumbuk sebentar aku dengan dia sebab emosi yang dia tak dapat kawal .

aku masih ingat lagi , rakan ku ingin belajar bermain gitar , aku hanya berkata tunggu dekat taman bla bla bla , then pukul 5.30 PM , aku pun sampai di taman itu . tetapi tidak ada kelibat dia . aku mengiakan bahawa mungkin lambat sedikit dia sampai . Awan pun menandakan akan muntahkan airnya . Aku menunggu dan menunggu dan menunggu sehingga hujan . Pernah tengok movie ? si jejaka di tengah-tengah hujan , begitulah aku . Geram dan marah pasti ada . Keesokannya dia kata aku yang tak ada dekat taman . okay kau bodoh .  Kau tak nampak aku sebab kau bawak awek kau . Middle finger

kesemuanya kisah silam yang penuh kepahitan 

Thursday, September 19, 2013

suasana

keadaan semakin berubah bila masing-masing sibuk . Aku hanya terus mendengar dan mendengar tangisan kerana ditinggalkan seseorang yang tiada pemahaman di dalam menghargai seseorang . pernah sekali aku bersama kawanku duduk berdua , perempuan , dia menangis dan terus menerus menangis . aku bertanya kenapa ?

dia menjawab , naz , kenapa dia tinggalkan aku ?

'aku taktahu sebab ini hal korang'

tanpa bertanya lagi , dia hanya terus menerus menangis .

aku nyalakan sebatang rokok , dihembus perlahan . mencari akal untuk menyelesaikan masalah mereka .

'macam ni lah . kau call dia sekarang , tanya kenapa dan apa sebab kukuh nak tinggalkan kau'

dia pun pergi jauh , dan menelefon bekas teman lelaki dia ,

aku hanya menghembus rokok sambil memikirkan , kenapa wanita ini sangat lemah dan ditindas sebegitu rupa ,

setelah 3 batang rokok habis , dia datang kembali .

aku bertanya ' macam mana ? dah decide ?'

dia menjawab 'hmm , dia tinggalkan aku sebab aku suka merajuk'

aku menghela nafas panjang , masalah yang tiada kena mengena untuk memutuskan hubungan ,

'macam ni lah , kau kena bersyukur sebab dia dah tunjukkan diri dia yang sebenar . dia tak reti menghargai kau . sebab ? okay , merajuk . semua orang merajuk but ada tahap diaa . merajuk ni boleh merapatkan hubungan korang dengan pujuk memujuk secara manja . tapi dia ambil jalan mudah putuskan hubungan sebab tak tahan dengan kau sebab tak boleh terima kau sebab tak bersabar untuk kau berubah sedikit demi sedikit . its okay friend , kau ada aku , kawan kawan kita , ramai boleh support . kumbang banyak tapi kebanyakannya busuk . mata nak pandang cantik . yang buruk tak pandang . okay ? jangan sedih '

beberapa saat aku habis berkata kata dia tersenyum .

'naz , aku taktahu nak cakap apa tapi thanks , tak pernah aku dapat terima nasihat macam ni '

aku senyum dan jawab

'kau tu yang bodoh sangat pantang nampak muka hensem , nak je sampai meroyan . kau tengoklah sekarang macam mana dia treat kau . sukaa ?

'tak'

'okay dah , jom balik rumah'

'jom'

empunya mangsa di atas adalah kawan aku yang telah dinodai hatinya oleh seorang lelaki . dia hanya insan biasa tiada wang yang banyak dan sangat comel . 

taken from my life moment . it's colourful with my advice 

Tuesday, September 17, 2013

about mine

11/5
NO. 2


Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Emm bagus ! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda ialah no. 2, 5, 9.

NO. 5

Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun, anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga juga akan meminta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda ialah no. 1, 2, 9.

NO. 9

Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Credit from : Annamammamia


Sunday, September 15, 2013

Kantoi

Perkara ini buat aku rasa macam bodoh sangat boleh tersalah mesej . Aku nak mesej mak aku nak bagitahu dah pergi klinik itu ini sebab buat medical check up untuk dada aku but then , something worst happen . akhirnya dia tahu jugak . dalam hati aku memang aku takde niat langsung nak bagitahu tapi benda dah berlaku. Hmm . Biarkan . itu sudah tidak penting .

I have a disease

kebiasaan

Alhamdulillah sudah masuk bulan yang ke-9 atau bulan zulkaedah . Dalam kita memasuki alam stiap bulan itu bermacam-macam perkara terjadi . insha allah akan aku ceritakan satu satu . Kepada adik-adik sem 1 yang telah berjaya berdikari tu , alhamdulillah korang memang rare . tapi yang tak bestnya apasal ada pulak gambar yang tak menyenangkan niii . buat maksiat dekat cafe ni . aduii . bawak-bawaklah beringat mak bapak kat rumah tu .

kadang kala kita ni terlalai atau dah lali dengan remaja sekarang , hidup penuh dengan maksiat . muka baik nampak baik tapi jahat , muka jahat nampak jahat tapi baik . ada pulak muka jahat , perangai jahat tapi solat tak tinggal .

inilah kehidupan , kita tak boleh nak 'judge' seseorang tu memblind pig . Tengok muka jahat je terus kena label .

Kalau yang dah kena label dengan aku 'pramatang' tu . sorry , i have my own eyes to judge you . okay . hehe . Anna jangan marah aa . kuat terasa punya budak .

okay , 3 hari lepas aku pergi Kajang , Ya-Allah kemain penat aku berjalan sana-sini , follow si ketot tu shopping . aduhai . kebarangkalian aku jadi bosan adalah 70% (aku tak suka shopping) .

3 hari kat sana macam macam aku nampak , orang sekarang tak kisah dah laki perempuan pegang tangan walaupun bertudung . aku selitkan sikit penggunaan perkataan tudung , sorry . Before this dah banyak sangat dah video lucah perempuan bertudung . mana akhlak korang ? aku tengok pun macam dengan rela hati sangat sangat . suka ? p masuk neraka .


Sunday, September 1, 2013

merantau

sabtu lepas aku merantau ke kawasan kuala selangor dan kawasan kl . perjalanan yang mengambil masa 3 jam itu membuatkan badan penat dan lapar . setibanya di semenyih ayul mengajak kitorang makan dekat rumah awek dia sebab ada rumah terbuka , so dont be malu malu lah kan . teruslah kami setuju .

habis makan kitorang bertolak ke rumah jazz pulak sampai lah maghrib kitorang stay kat rumah jazz . kenyang perut kitorang , lepas maghrib kitorang gerak ke sunway pyramid . dok bergaduh berebut nak pegi jalan terdekat last last stuck dalam jammed . ahha

sampai sunway pyramid terus pergi survey baju sebab tak expect pun nak stay dua hari kat selangor . then beli baju , mungkin rezeki kami kot buy one free one  . all of the merchandise . fuhh! aku pun nak jimat punya pasal aku ambik baju dengan seluar . RM49 je . MURAH KANN!!

then dah habis shopping semua bertolaklah pulak pegi uptown shah alam tapi setakat beli boxer je . pebenda pun tak menarik minat aku nak beli . hehe . habis habis lepak kat uptown lepak pulak dekat mamak seksyen 17 . tunggu mus sampai dulu baru gerak pegi kuala selangor rumah ciputol dekat tanjung karang .

best tidur rumah dia . bangun pagi segar bugar . fuhhh sejuk . mana tak sejuk . kiri kanan sawah . hehe . syukurlah dapat tidur rumah ciputol . selesa gila . balik tu terus shoot pergi cheras jumpa mus dekat sana then terus straight pegi sungai tekala . MANDII!! but there's annoying thing happen . jalan runtuh .diulangi jalan runtuh . bukan bukit , jalan . aduii . then decide punya decide kena pergi sungai gabai jugaklah (dah macam gaban bunyinya) . sampai sana sempat mandi sejam setengah sebab ujan dah start lebat .

masa turun tangga tu kaki aku kena paku . ya allah sakitnya tuhan yang tahu . dalam lukanya , hish
beg pulak dah basah lenjun

*tidur dulu . assalamualaikum :)