Wednesday, August 28, 2013

Takhta dirampas

harini 29/08/2013 11.30AM wan telah merampas takhta aku untuk keluar awal , hehe . bagus wan . kau rampas takhta aku keluar exam paling awal . But doesn't matter bebeh . sedang aku menulis ni sebatang rokok ku hisap sambil memegang buku Digital Audio Video untuk exam pukul 15.00PM nanti

jangan hampakan aku wahai otak

Tuesday, August 27, 2013

MESIR/MORSI

Tolong mereka ya allah

suka comel

aku pun taktahu kenapa aku suka panggil orang comel . lagi geram kalau aku nampak anak kucing . dapat anak kucing tu aku gigit gigit dia . haha . lagipun semua orang comel , bagi aku lah taktahu pulak pendapat orang lain macam mana kan . hem .

AKU SUKA BENDA YANG CUTE !

HANYA AKU (episod 2)

sambungan..

ya amira yang dia lihat itu sangat comel dengan pakaian yang lembut warnanya . matanya seakan-akan terlihat bidadari yang ingin membawanya ke syurga . Tanpa disuruh , hazri mengeluarkan kamera digital dan 'snap!'

"alamak aih apsal aku boleh lupa tutup flash"

terlihat amira memandang hazri dek kerana terkejut percikan flash dari kamera hazri tetapi dia tidak menghiraukan perkara itu .Hazri tersenyum sendirian

"ayie , jom solat jamak dulu" syafiq menyapa aku .

"okay okay jom"

Perkara yang baru berlaku tadi tidak tamat begitu saja .selepas aku mengambil wuduq , aku terserempak dengan amira dan aku amati dalam hati

"cantik dan comel bertelekung putih dan berbadan tembam"

syafiq terdengar dan menyapa aku

"oi ayie , kau minat dia eh ?"

aku pun jawab

"gila kau comel sopan dan cantik macam tu aku tak minat . lagipun aku kan single dan tak hensem macam KAUU .

sengaja aku tinggikan suara memerli dia .

"ahh sudahlah kau . bila puji marah bila kutuk merajuk . dah ! jom solat" jawab syafiq

aku pulak dimarahnya

selesai solat kami diminta untuk berkumpul di depan bas untuk taklimat seterusnya .

KEJUTAN

malam di terengganu sangat sejuk dan kadang kadang aku kesunyian . Syafiq mengajak aku melepak di tepi pantai kerana mahu menghisap rokok . Pantang dengar rokok aku 'on' je .

Pada masa itulah aku terserempak kali ke-3 bertemu amira .

'kring! kring!'

telefon berdering menandakan jam 12.30 tengah hari . waktu yang ditunggu-tunggu .

"hello assalamualaikum ayah"

"ye waalaikumsalam , ayah dah masukkan duit tu"

"okay boss , mekacih"

sengaja aku merengek manja kononnya gembira , haha .

sebelum aku mendapat mara , aku menggunakan PTPTN dan duit PTPTN yang aku dapat hanya cukup untuk membayar yuran asrama dan yuran pengajian .

kini sudah 3 sem aku berada di kolej sama dengan setahun setengah aku merantau di johor .

manakala amira dia Bangi . semasa dalam 3 sem tu aku sudah beberapa kali pergi ke bangi untuk berjumpa dengannya dan pada suatu hari tu . aku ingin membuat kejutan untuk dia

"abangg , abang jadi datang bangi tak" tanya amira

"abang taktahu lagi , nanti abang bagitahu ya"

"ala abang ni , cepat-cepat tau"

"ye ye abang bagitahu nanti"

pada masa yang sama aku sedang mengemas baju untuk berjumpa dengannya .

pada petangnya aku sudah sampai ke shah alam untuk menginap di rumah abang sulungku dan terus pergi ke KTM padang jawa untuk pergi ke bangi . mengambil masa 45 minit jugalah . 

semasa dalam keretapi , sengaja aku menghantar mesej padanya

"sayang , abang tak dapat datang bangilah"

"alaa kenapa? hmm"

"ada hal lah sayang"

"abang dah janji kata nak datang , hmm"

"i am so sorry sayang"

selepas itu amira tidak membalas mesej aku . aku dah faham sangat dah . tetapi dengan harapan aku dapat laksanakan kejutan ini . sampai di bangi aku menaiki teksi untuk terus ke rumah amira . sesampainya disana , aku menelefon dia .

"hello"

terdengar nada suara lemah menandakan amira tiada 'mood' untuk bercakap dengan aku .

"sayang buat apa tu ?"

"tak buat apa-apa"

aku faham dia sedang merajuk . sengaja aku bertanya .

"sayang tadi abang tengok berita macam ada kes kat kawasan rumah sayang"

amira sebenarnya tinggal di apartmen yang dibawahnya kedai kedai dan berada di tingkat satu . aku berdiri menghadap berandanya .

"kes apa abang?"

dia bertanya .

"abang pun tak tahulah , try tengok"

dia pun berkata "alaa malaslah nak pakai tudung"

aku pun balas "ala sayang , pegilah tengok"

"yelah yelah , kejap "

semasa dia membuka pintu berandanya aku menyorok dan dia tanya

"takde ape pun abang"

"ade sayang , try tengok bawah"

"ABANGGGG!!" amira menjerit terkejut berbaur gembira

dia menjerit setelah terlihat aku berada di bawah dan tersenyum lebar

"kejap tau abang ! kejap sayang turun !"

selesai menelefon , dia turun tergesa-gesa dan setelah berhampiran dengan aku dikepalnya tangan menumbuk lengan aku .

"abang tipu sayang kata tak jadi datang!!"

dia comel bila marah dan geram

"surprise sayang , sorry . hehe"

"mengada! "dia menjawab

"sayang pergi mandi dulu then kita pergi makan ya"

"okay abang! wait for me tau "

tergesa-gesa dia menaiki tangga .

BERSAMBUNG..


Update!

fuhh . lama gila tak update blog . dari sem lepas lagi . hai semua apa khabar , sekarang ni aku dah masuk sem 3 untuk course DCGD / Diploma in Graphic Design . Okay , mostly kawan kawan aku tak tahu aku masuk sini sebab dulu aku form 6 and then lepas form 6 aku terus lost contact . bukan sombong okay , just aaaaaaa pakai no baru .

hemm , makin jauh makin aku rindukan mak . haritu mak demam panas aku nak call pun mak tak bagi sebab dia tak larat nak cakap then aku cakap okay . now opah pulak tengah sakit . aku call opah , opah cakap pun dah tak larat . macam suara tu susah nak keluar

untuk sem ni harap harap pointer still constant atau meningkat . TAKNAK TURUN POINTER!!

sem ni terlalu banyak masalah . listnya

1.aku kena tipu owner macbook
2.gaduh dengan angah aku
3.family
4.assignment berlambak
5.macbook kat kedai tengah repair
6.atap rumah bocor pulak
7.masalah korang apsal baca masalah aku .

aku gurau je

okay next update aku nak letak tutorial macam mana nak melukis .
okay ?

nice . selamat , assalamualaikum

Monday, March 18, 2013

sayang

sayang tahu kan nanti kita dah nak kahwin . takkan tak percayakan abang ?

yee sayang percaya tapi abang dah macam bosan dengan sayang . kan ?

apa pulak cakap macam tu , abang busy sikitlah sayang . i am soo sorry sayang.

janji tak buat lagi ??

ye sayang abang janji !

janganlah jerit!

thinking deeply




sometimes kita tahu kita hanya perlukan seorang untuk kita


sometimes kita tahu kita banyak lukakan hati dia


sometimes kita tahu kita terus menerus sakitkan dia


tapi sometimes , dia sangat menghargai kita

masterpiece


Wednesday, December 19, 2012

21.12.12 is The end of the World ?


kiamat pada tahun ini . kaum kafir sahaja yang akan percaya benda mengarut gini . apa hal lah korang pergi percaya dekat kaum orang asli punya ramalan . sedangkan dah berapa kali ramalan dibuat , tak jugak kiamat . ingat kiamat ni benda main-main nak simpan bekalan makanan semua .choi!! itu bencana alam . bukan kiamat daaa . hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu bila tibanya hari bencana besar tu . kau manusia jangan mandai-mandai nak tentukan bila kiamat . korang tahu tak . sebelum ni dah 4 ramalan yang dibuat tak menjadi . hasilnya ? ada yang bunuh dirilah sebab takut kiamat , ada yang bunuh orang sebab kan ritual BODOH tu dan macam-macam lagilah . sebabnya ramalan-ramalan kiamat yang tak berapa nak jadi tu . last-last perkara jadi makin WORST!!

Kita sebagai umat islam hanya mampu berdoa dan penuhkan amalan-amalan dan ilmu agama dan hapuskan dosa , tingkatkan pahala . sebagai umatnya Nabi Muhammad S.A.W haruslah sentiasa beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T . semoga kita dilindungi dari Azab Api Neraka . Nauzubillah...

Saturday, December 15, 2012

HAIR STYLED

harini kita bincangkan tentang rambut-rambut kegemaran yang digilai lelaki remaja . macam-macam style yang korang dah tengok sebelum ni tapi takpe kita list kan ikut peredaran zaman sebab zaman tu yang menjadi PENGARUH BESAR dalam pembinaan sesuatu masa . okay jangan buang masa kita mulakan dengan  style rambut tahun 1999 sehingga sekarang . okay .


1999
RAMBUT BELAH TENGAH

   
              
                                                                                                                                                      
haa ni lah dia rambut zaman aku darjah 1 dulu . masa ni rambut ni memang famous , gel tu kalau boleh nak letak banyak-banyak sebab selalunya kalau panjang sangat boleh kantoi kat sekolah sebab kalau angin tiup , fuhh . nampak jambu sebab rambut belah tengah tutup sikit muka comel kecik-kecik dulu . aku still dengan style rambut macam ni sampai darjah 4 . rambut ni orang panggil mop top sebab kosong tengah-tengah . haape punya nama daaa -.-''

2002
RAMBUT BELAH TEPI 
  
haaa . yang ni pulak masa aku darjah 5 lah style rambut macam ni jadi famous . katanya nampak macho . start daripada tu aku try then memang nampak macho . hehe . macholah sangat . rambut sebebgini dinamakan formal style atau rambut koperat . rambut ni memang sesuai pun ketika event formal . nampak kemas
 
2005
RAMBUT REMOS

                    

kudis

berkudis tangan ini menantikan saat untuk menekan papan kekunci yang sudah sarat dengan habuk dan sarang labah-labahnya . masa itu kembali datang .