Friday, August 13, 2010

puisi sedih

dunia
sehari-hari aku melalui setiap detik-detik keresahan menunggu sesuatu.
hati resah memikirkan dunia yang makin pupus.
tiba bulan puasa mengingatkan aku puasa yang lepas belum diganti.
tiba masa aku berubah kerana dunia makin sempit dan akan mati.

aku masih memikirkan rakan-rakan yang kini duduk berjauhan tanpa khabar berita.
sayangnya aku masih disini memikirkan mereka di sana.
tetapi aku tidak kisah jikalau aku ini dipijak kepala hanya kerana rakan.
kerana rakan yang memberikan aku inspirasi dalam kejayaan.

hanya kerana teman wanita.
aku dihimpit pelbagai masalah.
tetapi tidak mengapa.
kerana aku sayang padanya.

letih jari menulis mesej.
habis kreditku kerana rindukanmu
tetapi hatiku resah gelisah jika tidak mendengar khabarmu.
oh sayang marilah kita membina dunia baru.

diri memikirkan masa depan yang akan tiba.
nak masuk aswara ke nak masuk IPTA.
tetapi tingkatan masih disisi.'
tidak mengapa.akan ku tunggu sampai mati.

puisi ditulis luahan perasaan sang penduka

1 comment: