kringg kringg ! jam penggera yang di set di telefon bimbit hazri berbunyi menandakan masuk sudah waktu subuh . Tanpa berlengah terus saja dia mencapai tuala dan alatan mandi dalam keadaan mamai . Walaupun keadaan cuaca pada masa itu agak sejuk kerana hujan lebat , Hazri terpaksa juga mandi kerana dia masih berada dalam keadaan demam .
selesai dari mandi dan berwuduq, segera dia bersiap bagi menghadiri kuliah Drawing yang bermula pada pukul 9.30 AM . baju kemeja dan seluar jeans 'season' disarungkan dan segera menunaikan solat subuh .
selesai berdoa , dia meletakkan sejadahnya dia atas katil dengan kemas dan dicapainya rokok Winston sementara menunggu bas sampai di asramanya . paling tidak pun dia akan menumpang kereta azrul ke kolej .
Bertahan
semasa di dalam perjalanan ke kolej , teringat hazri sesuatu yang dia lupa , menghantar pesanan selamat pagi kepada kekasihnya . Dengan keadaan agak menggelabah dia menyeluk kocek seluarnya kerana getaran telefon bimbitnya .
amira menghantar pesanan kepadanya
'abangg , tak wish good morning pun kan '
dalam keadaan bersalah hazri membalas kembali pesanan itu
'err , sayang . sorryy eh , tadi terlupa . okay-okay , good morning cintaku , assalamualaikumm'
amira: 'dah mesej baru nak say morning , huh , waalaikumsalam '
hazri: ' alahai janganlah merajuk , abang terlupalah sebab semalam tidur lambat , lepas tu terbangun awal pula pagi ni sampai terlupa nak mesej sebab banyak sangat assignment
amira: 'yelah , sayang faham . abang belajar elok-elok tau , kumpul duit banyak-banyak . nanti
cepatlah kita kahwin . hihi
dalam banyak-banyak sesi topik yang dibicarakan dengan amira , perkara inilah yang selalu membuatnya rasa bersalah . soal perkahwinan . memang dia seronok apabila amira sentiasa menyayangi dan memanjainya tetapi dia takut satu hari nanti keadaan akan berubah sekelip mata .
hazri: yelah . eh sayang , abang dah sampai kolej . dah habis kelas nanti abang mesej tau . assalamualaikumm . mmuuahh :*
amira:waalaikumsalam abang . i love you so much for Allah .
hazri tersenyum , senyuman ikhlas dari hati lelakinya .
Turun sahaja dari bas , hazri terus menuju ke kelasnya dan duduk semeja bersama azrul . sambil menunggu pensyarah masuk , pelbagai cerita yang diperdengarkan azrul kepadanya . semuanya cerita kelakar dan terbahak-bahak mereka bergelak sesama sendiri.
tiba-tiba azrul membuka cerita dalam bentuk pertanyaan
'ayie , kau dengan awek kau dah berapa lama eh?' azrul bertanya
'err , aku rasa lama jugaklah.' jawab hazri
'lama mana?'
'lamamamba yang duduk dekat Sri gading tu.' hazri berceloteh dan ketawa terbahak-bahak
'kau ni , aku seriuslah . berapa lama kau dengan dia?'
'emm . aku dengan dia dah 6 tahun , aku couple dengan dia dari form 3' jawab Hazri
'uishh , lama tu . bertahan juga kau dengan dia kan?
'entahlah azrul , something special about her that i can't explain.'
pandangannya dialihkan keluar tingkap sambil tersenyum melihat langit yang redup sama redupnya dengan mata amira . ingatannya kembali kepada kali pertama dia mencuri hati amira .
Pandangan cinta pertama
mata hazri kejap terbuka dan tertutup memandang keadaan diluar tingkap bas ekspress yang membawa rombongan sekolahnya ke terengganu . matanya dialihkan pula kepada rakan-rakannya yang tidak reti berdiam diri , setiap masa ingin bermain . dia juga begitu . padanya matang itu tidak sesuai untuknya .
petikan gitar juga sering berbunyi di dalam bas itu , hazri pun mengambil bahagian untuk bergembira bersama rakan-rakannya kerana terlalu bosan .
sampai di kawasan penginapan , segera dia melabuhkan badannya diatas katil kerana terlampau penat duduk di atas kerusi bas yang dinaikinya tadi ,
tidak sampai setengah jam , abang uda merangkap kaunselor sekolahnya terus memanggil semua murid untuk lakukan aktiviti pertama mereka , melawat masjid terapung .
sampainya di masjid terapung , masing-masing menunjukkan riak muka yang kagum dengan keindahan masjid itu .
hazri pun tidak terkecuali . tetapi dalam pada masa dia melihat keindahan masjid itu , dia melihat satu lagi keindahan ciptaan tuhan , amira .
bersambung..
No comments:
Post a Comment